Sunday, 26 April 2015

Wall Climbing Indahpura Sportcity Kulaijaya

Assalamualaikum...

Plan nak jadi spider women ni dah lama dah. Sedar diri memang jenis takut dengan tempat tinggi tapi bila pikir balik sampai bila kan.  So pergilah berani kan diri ke Kulai.  Ada 1 tempat ni memang untuk indoor. Sebelum pergi aku nasihat kan baik bawak stokin sendiri sebab dah jimat RM2.  Kalau tak nanti kena beli stokin dengan dieorang.

Pergi cek rate harga dekat kaunter.  Zul terangkan, kalau sekali masuk RM35. Maksudnya RM35 untuk 1 hari, unlimited time.  Ni untuk first time datang.  Bila dah pernah datang, second time RM22 je.  Pakej lain RM50 untuk 4 kali datang. Jimatkan! Untuk yang minat mungkin boleh ambil pakej ni.  Aku ambil pakej ni walaupon aku ni jenis penakut.  

Sebelum start panjat Zul terangkan dari A-Z macam mana nak pasang tali, nak pakai peralatan dia semua.  So jangan risau lah, dia akan guide sampai korang betul-betul dah pandai and berdikari sendiri.  


Haaaa tu dia spider women dah panjat dinding.  Letih bak hang! Letih sebab dia guna kekuatan tangan. Kalau korang dah sekali panjat, bila dah turun better rehat dulu untuk beberapa minit.  Menggigil wei tangan. Bila dah sampai atas ada button. Tekan lah button tu. Konon dah berjaya lah tu.  

Dia ada peringkat dia, untuk mula2 panjat tu panjat lah dinding yang rata n senang. Agak2 dah pro baru beralih ke dinding yang susah sikit.  Semalam kiteorang datang lambat, berkejar lagi nak main basikal kat Hutan Bandar.  So tak lama. Aku tak try lagi panjat yang susah.  Tak pe ada lagi 3 kali, lepasni aku cabar diri aku panjat yang susah plak.


Benda paling best bila kau dapat cabar diri sendiri.  Atasi kelemahan diri.  Jenis aku memang gayat, semalam pon dah terjerit2 macam apa bila sampai atas.  Tapi alhamdulillah selamat dan tak de luka2.  


Dah lenguhkan tangan kiteorg pergi main basikal kat Hutan Bandar.  Sewa 1 basikal RM5 1 jam.  Pusing lah 1 taman tu, besar juga kawasan dia untuk beriadah.  

Ok lah sampai sini dulu untuk membebel.  Ni alamat Rockworld, dia berdepan dengan AEON Kulaijaya.


PTD 46975-80
Jalan Pesiaran Indahpura 2
Taman Indahpura Kulaijaya
81000 Kulai Johor
Tel:  012-7748269



Wednesday, 22 April 2015

Short Vacation Batu Layar + Desaru!

Assalamualaikum,

Haritu ntah macam mana kami tergerak nak pergi Desaru. Packing2 petang tu lepas wedding terus gerak. Masa sampai kat sana benda pertama sekali kami cari mestilah tempat tidur kan. Survey 1 tempat ni, Batu Layar Beach Resort. First impression masa tu, wahh cantiknya rumah segi tiga.  Unik dan stail ala2 kampung gitu.


1 malam RM80, katil double untuk 2 orang, kipas ye tak de aircond.  Kalau nak aircond ada chalet lain. Tapi untuk aiza tak de masalah sebab sejuk gila waktu malam. Menggigil kami tido. Cuma chalet yang kami dapat banyak semut, mungkin sebab dekat dengan hutan. Kena kibas2 sikit ye.  Tempat makan tak de masalah, depan chalet memang dah ada kedai makan.

Kalau rasa nak bbq dengan kawan2 or family, mungkin boleh ambil chalet depan tu. Harga sama, siap ada tempat bbq lagi depan chalet.  Tapi dalam chalet aiza x tau lah ye sebab tak sama dengan chalet yang aiza ambil.  

Petang tu pon apa lagi, kami dok jalan depan pantai. Tengok orang dating, berkelah. Oleh sebab pergi berdua dengan kawan, perempuan plak tu so aku snap gamba kau, kau snap gambar aku.  Sadis.




Hamik sakan bergambo depan pantai.  Acah2 perempuan melayu terakhir dengan baju kurungnya hehe malam tak de aktiviti.  Sekadar lepak depan pantai dengar deruan ombak sambil tengok  orang bbq.  Balik bilik tidur.  

Esoknya bangun pagi nak tengok sunrise.  Oh lupa, kalau nak tengok sunset, view kat sini tak berapa cantik sebab dia kat belakang bukit bukan kat pantai.  Pagi tu, kami pon berlari2 ke pantai, nasib tak gedebuk jatuh. K tipu je, jalan slow2 sebab nak menghayati keindahanNya.


Ni lah view sunrise, masa ni dalam pukul 7 pagi.  Siries cantik sangat! Bukan senang nak tengok matahari naik.  

      Bahagia kan muka kami kena cahaya matahari, rasa flawless sangat!      
                                            
                                          Siap ada buai lagi kau!

Dah siap brekafast semua kami pun checkout.  Terus gerak pergi Lotus Beach Resort! Uit jangan ingat kami nak check in pula, kami saja nak tengok view dalam tu.  Masa nak masuk pak guard tu kena tahan, kami cakap lah kami nak check in hehe jangan tiru aksi ni.  

Dalam tu kami pon dok survey apa yang ada, siap ada water park, funfair, swimming pool and macam2 lagilah.  

   Ni pakej yang ada, sumber dari google.  Sebab dah terhilangkan flyers ni hehe

                         Ada tempat santai tok korang lepak depan pantai

Ok sekian untuk entry kali ni.  Next time kalau betul2 aiza check in kat lotus ni aiza ceghita lagi ye.  Ni mampu tengok je dulu hehe 

Sekian.